Thursday, May 26, 2011

KERJAYA PELAUT - CAREER PATH

Gambarajah dibawah memberi sedikit maklumat berkaitan kerjaya seorang pelaut dalam bidang kelautan samaada di Bahagian Dek ataupun Bahagian Enjin.


Walaubagaimanapun, gambarajah dibawah hanya menunjukkan keperluan 'seatime' atau 'perkhidmatan laut' bagi melayakkan anda untuk maju ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagi, mengetahui lebih mendalam berkaitan syarat-syarat atau keperluan setiap 'COCs Gred' sila klik jenis Perakuan Kekompetenan (i.e: Master / Chief Officer / Engineer /etc) di bahagian kiri blog ini.

Sekiranya anda adalah seorang lepasan SPM dan mempunyai keputusan yang baik, bolehlah memohon menghadiri kursus WKE-UL atau WKO-UL. Kerjaya anda untuk naik ke peringkat Master/Chief Eng akan lebih cepat dan teratur.

Sekiranya anda telah memperolehi Diploma/Degree, anda boleh mengikuti 'Bridging Course' WKE-UL atau WKO-UL dan boleh mendapat 'pinda kredit' bagi subjek-subjek yang berkaitan dengan mekanikal ataupun 'naval architect' bergantung kepada Major anda sewaktu di universiti. Tempoh pembelajaran 'Bridging Course' ini termasuk 'seatime' atas kapal, keseluruhan tempoh yang diperuntukan ialah dari 14 bulan sehingga 18 bulan.

Bagi mereka yang lain, masih boleh mencapai peringkat tertinggi dalam bidang kelautan, namun perjalanan anda lebih jauh. 'Jauh Perjalanan, Luas Pandangan, Banyak Pengalaman'.



Walaubagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bergantung kepada; berat kapal, kuasa kapal dan jenis pelayaran.

Dalam proses seseorang meningkatkan kecekapan itu, ada golongan orang yang akan cuba mengambil kesempatan. Mereka ini akan cuba menabur janji, seperti membantu mencari pekerjaan dan mendapat gaji yang tinggi.

Namun, sebelum janji-janji itu ditunaikan anda terpaksa membayar lebih dan mahal pulak tu. Kursus Basic Safety Training (BST) yang selalunya dengan yuran kursus (harga pasaran) antara RM1200.00 sehingga RM1500.00 sahaja. Namun dengan janji-janji itu, anda terpaksa pula membayar sebanyak RM3000.00 atau lebih.

Nasihat saya, sentiasa mendapatkan kepastian dengan Pegawai Jabatan Laut. Anda juga boleh semak Institut Latihan yang diluluskan oleh Jabatan Laut di laman web seperti berikut www.marine.gov.my/



posted originally by |dyn interest|

No comments: